Saturday 7 February 2015

Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?

putus cinta amat menyakit kan? ..betul x? ..nak2 bila hati x menerima bila kena tinggal dengan sang kekasih hati..wanis pun hadapi benda yang sama ,nak2 bila perancangan nak kahwin hujung tahun ni..tiba2 tergendala,tp yg geram dan tertanya..kenapa nak suh wanis still simpan duit dan cakp
 "kalau ade jodoh kita kawin" lam ati ni duk pk..ko nak aku ke idok!!! 
tapi lam masa yang sama wanis tetap mengharap kan dia kembali..walau pun hatinya da ade orang lain bertakhta ..uwaaaaaaaaaaa (sedih beb)
dan duk cari2 lah mane tau nak cari penyelesaian ,walau pun sang kekasih da pun bersuka ria mungkin .
tapi lam tu kita usaha sebaik mungkin..

jom kita cuba cara ni..(wanis copy paste jer hahahaha )


Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?

Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?

10 Perkara JANGAN anda buat!

Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend”anda?Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!
Walau demikian,cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali?Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza.Kebanyakan wanita(hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

Okay,baca dan fahamkan:

1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni,bila anda bercerita dengannya,asyik bergaduh saja.Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan.Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna.Walau pun anda menang bila bergaduh mulut,kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

2) JANGAN cuba menggunakan logic untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda.Ingat ya,cinta itu berlandaskan perasaan,bukan logic!Macamana betul,teguh,meyakinkan,bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logic anda itu..anda tetap jugak kena tinggal!So..logic,jangan guna.

3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang..keadaan pasti berubah”.Benda macam ni seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor.Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia.Dia TAK peduli pun!Apa yang dia peduli,berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

5) JANGAN merayu!Ya…jangan merayu.Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya(lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya).Lagi banyak,lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda.Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ni takkan berjaya,lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun,dia buat tak tau je..

7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah.Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

8) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya.Walau pun kawan-kawannya sokong anda,cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya…selalunya tak lama!Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

9) JANGAN menangis di hadapannya!(Ramai sungguh buat macam ni!)Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain.Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak,lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.


so nak cuba ke x nak terpulanglah yer kawan2

P/S  : berdiam diri,berdoa,tawakal dan sabar 
akan sampai satu masa semua ini akan berakhir dengan izin allah.

lagi satu kadang ade betul nye ape yang tertulis kat atas ,bukan follow yer, tp itu lah yg wanis buat sbb nak mendesak bab hati ni bukan mudah yer ...so jgn nak melenting atau nak maki2 x guna pun ,kena tinggal tetap kena tinggal.(kita buat yang terbaik..caiyok2)


satu g ayat penenang hati yang wanis guna .
(bukan jampi yer cume untuk kuat kan semangat yg x berapa nak kuat ni :)

membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan nagetif daripada luar itu aku.
aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain disekeliling aku, walaupun akibat nye aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian.
senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.

1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Wanis..

Bersabarlah... andai memang telah tertulis si dia jodoh kita,
bergaduh mcm mana pun.... tak akan ke mana dia.